Bolak-balik hati.

Assalamu'alaikum and hi !

Hati kadang senang berubah.
Hati kadang senang goyah.
Jika tiada ikhlas
sudah pasti musnah.

Perkara sebegini sebenarnya sering berlaku dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia. Maklumlah, bumi mana yang tak ditimpa hujan, laut mana yang tak bergelora..
Pantai juga ada pasang surut nya.
Begitu jugalah diri ini.
:)

Hati manusia,
Ya , memang lemah. 
Perlukan banyak sokongan dan motivasi untuk terus kuat.

Andai sendirian,
Keputusan yang dibuat barangkali tidak menguntungkan.
Mungkin kadang merugikan diri.
Menutup jalan mendapat pengalaman.

Hati manusia,
Ya , mudah mengikut teman.
Kadang tak punya pendirian.
Hanya tahu berkawan.
Membuka jalan untuk syaitan
Membisik kata nista.

Jangan kerna teman
Diri turut teraniaya
Diri yang perlukan pengalaman,
Tidak lagi berusaha merebut peluang.
Tidak lagi mencari pengalaman.
Gara-gara mengikut teman.
Itu rugi.

Hakikatnya,
Teman itu perlu sebenarnya
Sebagai pendokong
Sebagai motivasi
Sebagai pembakar semangat
Untuk kita meneruskan perjuangan.
Carilah yang sedemikian.
Moga diri tidak rugi.

Namun,
Jika punya pendapat berbeza
Jangan menyalahkan
Tetapi berusaha cari titik persamaan.
Bersama-sama bergerak ke hadapan.
Meneruskan perjuangan yang masih panjang.

 Usahalah,
Mencipta jati diri.
Tak perlu terlalu mengharapkan
orang lain.
Walau berubahnya mereka,
Namun kita tetap utuh dan teguh
dengan pendirian
yang kita yakini. 

InsyaAllah.

Peringatan itu perlu dari semasa ke semasa. Jadi, ini adalah pesanan untuk diri ini terutamanya, dan juga untuk readers yang sudi membaca. Moga ada manfaatnya. Hidup biarlah berpendirian. Hidup biarlah bermotivasi. Moga kita terus optimis demi menggapai matlamat. :) insyaAllah. May Allah bless. Allah.. 

Comments

Popular posts from this blog

CGPA jatuh teruk menjunam

#sharing : Cari wide shawl?

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria