#sharing: Amalan2 yang boleh diamalkan sebagai pelajar

Assalamu'alaikum and hi !

Saat ini lagu IU yang kedengaran di ruangan blog ini kan.. ? Tajuk Good Day , just to say that hopefully we'll have a good day every day. ^^ hee. *ada kaitan dak?* :p and ouh , i just have the good night semalam , sebab dapat dating dengan kawan yang saya sayangi. :') :') :') Thanks Allah.

She's like my sister :")
The one who gave me this 'comot' card :")
Here she is :)
Untuk pagi yang dah cerah ini , Syah nak kongsi tips sikit dengan kawan2 sekalian (untuk diri ini juga).  Saya bukanlah seorang pakar motivasi yang bertauliah untuk memberikan tips or nasihat or apa sahaja yang berkaitan kehidupan sebagai pelajar , tapi saya adalah seorang saudara yang sangat ingin berkongsi mengenai apa yang telah saya dapat..

Wahh ! Ayat panjang yang tiada makna langsung. :p Hee... and ouh , kat sini siapa dalam kategori pelajar ? tidak kiralah samada pelajar u atau sekolah... *admin angkat tangan* :p ehem.. biasanya pelajar2 yang baru nak berjinak2 dalam dunia pengajian ini menghadapi masa yang sukar, kan?

Tambah2 lagi bagi yang macam saya , yang mana baru sahaja menempuhi alam universiti di peringkat ijazah. i know it's hard untuk sesetengah pelajar yang lemah dan kurang pandai macam saya. Jadi , saya ambil keputusan untuk bertanyakan tips2 untuk belajar bila dah masuk uni ni kan.. :)
*walhal dalam hati memang gelabahh gilerr*

Okay. Antara yang dikongsikan oleh kakak senior tersebut (yang saya ingat) adalah :

1) Amalkan solat hajat
-Katanya, berusahalah untuk menunaikan solat hajat setiap hari. Ambil masa selepas solat isyak kejap, bangun dan tunaikan solat hajat. (Mohonlah dengan Allah bersungguh2 untuk memudahkan segalanya)

2) Amalkan solat witir
-Katanya, andai dah habis meter dah malas tu untuk menunaikan solat hajat , bangunlah untuk menunaikan solat witir walau satu rakaat right after dah selesai solat isyak.  (setiap hari)

3) Amalkan solat sunat dhuha
-Katanya, solat sunat dhuha juga, kalau boleh amalkan lah setiap hari. Semua orang dah sedia maklum dengan fadhilat solat dhuha, kan - supaya Allah mudahkan rezeki buat kita. ^^(tambah pula dengan doa dhuha)


Dan saya minta izin untuk tambah lagi sedikit :

Amalan ini yang pernah saya amalkan sendiri dan alhamdulillah sangat lah berkesan.

S.O.L.A.T  T.A.H.A.J.J.U.D

Bangun lebih awal di asrama , dan tunaikanlah solat tahajjud walau hanya dua rakaat.. sebab tahajjud ini sebenarnya sumber kekuatan kita , kala orang lain tengah tidur , hanya kita yang bangun dan berhubung dengan Allah. Allah sentiasa mendengar doa hamba-Nya yang lemah ini. :')

Amalan ini sebenarnya juga , saya peroleh dari kakak2 senior yang tidak pernah tinggalkan tahajjud nya. Ya . saya masih ingat siapa orangnya. May Allah bless them. :)


Ouh. Masa F3 , saya pernah amalkan , dan alhamdulillah Allah bagi saya 9A .. Masa F5 pula , saya amalkan betul2 hanya nak dekat exam (what a bad..) , dan alhamdulillah Allah bagi saya 9A lagi, hee. (padan lah dapat 2B , kan. :p ) .. Sebenarnya Allah tolong banyak hamba-Nya yang banyak mengadu pada-Nya. Sungguh ! Usaha saya hanyalah sedikit sahaja kalau nak dibandingkan dengan rahmat yang Allah nak bagi.. ^^

Nak kata study? Aku ni bukan lah kaki study. (pi lah tanya geng2 dorm Idaman aku dulu, geng2 5 Ikram dulu) .. Nak exam baru pegang buku (padan lah kerja dok fail , kan) .. :p tapi adik2 yang tengah baca ni , jangan dok ikut lak nah. Haru satgi aku nak menjawab.

Last but not least , sebenarnya hubungan dengan ibu bapa is also important , ok. Jangan pernah lupakan, sakiti, lukai mereka yaa.. Banyak sebenarnya pengorbanan mereka kat kita. Tambah2 bila kita nak masuk sekolah , uni ... Siapa yang belikan barang2 kita yang harganya ratusan itu? Bukankah mereka? So , please hargai dan hormati mereka sangat2...


Maaf sangat sebab berceloteh panjang kali ini. hee..

Kamsahamnida.
Assalamu'alaikum..

Comments

Popular posts from this blog

CGPA jatuh teruk menjunam

#sharing : Cari wide shawl?

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria