My first icon...

Assalamu'alaikum and hi !

Pesanan penaja : Gambar sangat lah tiada kaitan dengan sesi penceritaan ini. sekadar hiasan semata-mata. :) dan mungkin di sini disentuh tentang dua perkara; fesyen dan shopping..

At the other side of MidValley
My first icon of fashionista. :)

Actually, dalam beberapa hari ini , memang otak ligat berfikir untuk menulis tentang tajuk ini. yea, seriously.. dan dalam otak aku pong dah terbayang siapakah ikon tersebut kan.. dan tupp. tupp. mungkin dipermudahkan oleh Allah, dia telah menegur aku di wassup.. sangat terkejut..

Iyo lah, dengan bukan no Malaysia kan, tetiba text wassup.. bila ditengok gambar profile tu, memang nasib baik lah aku ingat muka adik dia.. hik3... so, i know who is she.. nak ditambah terkejutnya pula kan, dia lah ikon tersebut, yang aku selalu teringat dua tiga menjak nih... so, rupa2nya begini Allah aturkan... :)

Dengan itu, aku terus berazam nak update terus la blog tentang nih, tak nak tangguh-tangguh dah... hik3.. sebelum tu, aku nak tanya, "ampa taw dak sapa nih? yang dok semangat ja nak baca ni pasaipa? ampa kenai ka?" *tudiaa. keluaq dah kedah dia..*

Hahaa.. bagi sesiapa yang tahu, tahu lah,,, bagi sesiapa yang tak tahu, akan tahu jugak lah.. hee..

So, who ?

sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=559966947365938&set=pb.100000579129573.-2207520000.1357840601&type=3&theater

Of  kos lah my friend... Nor Amalina (yang pakai jaket merah).. ehem, student medic kay kt Mesir, and a doctor-to-be.. insyaAllah.. ini tulus dari hati aku lah.. ampa jangan dok peleceh orang lak taw.. *tak baik wooo*

Okay, since when?

Haruuuuus laaah dari sekolah menengah lagi kan, aku pon kenal dia time kt SMKAK.. aku tak tahu lah orang lain macam mana.. tapi bagi aku, sebagai pelajar asrama yang hampir separuh daripada masa zaman persekolahannya  dihabiskan di asrama, aku lebih cenderung untuk melihat sesuatu via my schoolmates..

Mungkin la nampak macam ulu kan... but, seriously, i habaq, memang i banyak tengok kawan2 i.. for me, kawan sangat mempengaruhi kehidupan aku. to be specific, something yang up to date (buangkan yang negatif2 okay) la kan.. hee...

At Berjaya Times Square
Pada asalnya, memang aku minat juga dengan fashion2, accessories2, dan yang sewaktu dengannya, tapi, benda macam tu kalau tak dak geng, memang tak best.. sungguh! Masa sekolah dulu, mana lah kenai HanaTajima, mana lah kenai DenaBahrin, mana lah kenai Yuna, mana lah kenai ...... hmm. sapa2 je lah kan... *hampa kenai dah ka?* so, hanya kawan sebagai ikon.. ^^

Hmm. hang suka ka dok pi cerita kat orang pong pang pong pang pasal handbag segala , tapi , orang hat dengar hanya sekadar, "ouh.. ya ka.." "hmm.. ha'ah.." "hmm.. ooo" dan kalau hat heaven lagi la kan , *krikk.. krikk..* hahaa. sungguh amat tidak mem'best'kan....

At Midvalley
At The Mines 2012
But i habaq la kat uolls, time F1 F2 tu tak dak lagi la rasa tuh.. besa lah, innocent girl lagi pada ketika ituh.. hahaa... neik F3 sikit ja, qasa besaq sangat dah la tuuu... ish3... hahaa... okay, aku pon tak ingat tahun specificnya kan, but yang aku ingat mungkin semasa outing kot yang aku boleh perasan tu... start dari situ aku pon terus menjinakkan diri aku dengan dunia shopping, fashion dan up-to-date.. :) and i feel confident when i see her.. :)

Sekadar berjalan2 mencuci mata mlihat pelbagai jenis gerai di situ - Dataran Nilai

At Dataran Nilai, after shopping di Giant dan Tesco Nilai

Ouh , yeah ! i dah remember !
Masa kami kena pi CP belikan hadiah untuk Teacher Syazana (guru praktikum kimia masa F4) .. memang time tu entah macam mana kami berdua yang keluarnya... oo, baru teringat, aku penolong kelas masa tu..  *sangat tak bertauliah* 

Masa nak pilih barang tuh, bukan setakat CP kami pi tengok, bahkan kami sanggup berjalan sehingga ke Pacific.. ampa tengok la daebak tak daebak kawan ampa nih... *macam tak caya lak aku buat macam tu* hahaa... yang aku ingat kami sama2 memilih handbag warna putih untuk dijadikan hadiah, dan dan, selendang.. yeah ! shawl .. kalau tak silap shawl tu dua warna tapi tak ingat pula combination warna apa... ish, serious lama sungguh kami ambil masa untuk beli semua tu..

(Sangat la nasib baik sebab yang keluar tu kami berdua.. Kalau dengan orang lain, konpem kena maki sebakoi.. hiks. So, kira macam kami ni ada chemistry la bab2 shopping nih.. heee.. :p )

Daaaan.. untuk meletakkan semua itu.... kami membeli kotak hadiah berwarna ungu disebabkan Teacher sangat meminati warna tersebut... jangan buat lawak weyh ! kami siap test satu2 kowt kotak kat kedai tu... pilih satu, pastu try bajet ngan handbag tu samada muat atau tak.. sangat daebak ! haha.. kalau tak dak yang berkenan, kami keluar wooo dari kedai tu...

Itu lah kisahnya.. Tak tahu la cik amalina ni ingat lagi ke tak.. hee.. :)

At The Mines 2011
Lagi pon, dia selalu jerr dok cerita bab2 ni, so, aku pon macam, "waaah, interesting nya" ... ye laah.. aku pon nak lah memahami kenapa lah ummi aku boleh beli handbag sampai macam2 jenis, beli kasut2 macam2 jenis, beli baju macam2 jenis... *haha, alasang*

And here it is, aku dah dapat jawapan bila aku tengok Am.. hik3.. so, kadang2 bila dia story, aku pon share la something sal handbag, baju, kasut ummi aku yang belambak kat rumah nih... :)

Then, bila tiba masa keluar CP (City Plaza) dengan dia, aku pon boleh lah kalau nak berjalan sekali sebelah dia.. haha.. sejibik perangai ! lalu depan kedai baju ka kedai beg ka, konpem pi masuk senyap2, dok belek satu2... pergh ! walaupun tak dak duit masa tu, yang penting rasa syok tu bila dapat pi belek benda2 alah tu.. hahaa.. *parok sungguh*

At Nilai Square
And yang terakhir sekali kami keluar, semasa dia datang KL tahun lepas..kami ke Berjaya Times Square.. dan aku lihat.. still tak berubah lagi rupanya.. hahaa.. aku pon masuk sebelah dia, join dia untuk pilihkan baju.. (yang ni memang betol betol dia nak beli taw) .. konfem la beli baju yang up to date.. wink ;)

Sungguh, that is the other side of me... Suka pi mall... shopping.... tak beli pon tak apa, asalkan dapat pi tengok2, cuci mata, or window shopping.. :) dan sekarang dengan rasminya i dah boleh jalan sebelah ummi i bila dia pula yang dok belek2 segala benda macam tu... sedikit sebanyak aku pun dah tahu jenama2 handbag, kasut, dan pakaian... :) *ehem, genetik, okay*

Okay.. i think, thats all..
Maaf kalau entri yang panjang or ayat macam keling mabuk..

A special thanks again, to my fashionista sister... Nor Amalina...

Kamsahmnida..
Assalamu'alaikum..

Comments

Popular posts from this blog

CGPA jatuh teruk menjunam

#sharing : Cari wide shawl?

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria