Kepahitan realiti itu sukar dijangka...

#repost 

Kepahitan realiti itu sukar dijangka..


Tidak mudah menerima realiti...

Andai ia pahit , 
sudah pasti ramai yang mengeluh
sudah pasti ramai yang kecewa
dan sudah pasti ramai yang rebah..

Pahitnya realiti itu hingga
mampu menghancurkan ukhuwah
mampu meninggalkan Islam
mampu menduakan Rabb..
   
Tetapi ,
Segera ingatkan diri...
Di sebalik kepahitan itu
Pasti ada permata hikmah
yang telah Allah letakkan..
Permata hikmah yang mana
lebih besar makna dan nilai nya
Berbanding kepahitan realiti itu sendiri..

Ya..
Hati lemah harus segera diingatkan ,
Agar tak hanyut mengikut emosi..
Agar tak lalai mengikut nafsu..
Agar tak membara mengikut amarah..

Duhai diri , 
Terokailah dengan penuh kesabaran
Carilah dengan penuh ketabahan

Moga Allah bimbing
untuk menemui permata hikmah itu...

Dengan berkat kesabaran ,
Allah akan temukan kita 
dengan permata itu..
Dan segala kepahitan
bakal menghilang..
Seperti tidak pernah kita merasakan pahitnya realiti itu..

Allahurabbi ,
Alhamdulillah..
Kurafa'kan setinggi-tinggi syukur pada-Mu....

-adibafaiqah-

Comments

Popular posts from this blog

#sharing : Cari wide shawl?

CGPA jatuh teruk menjunam

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria