Bila Rindu :')


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum...

"Bila terasa rindu, kusebut namamu, dengan harapan kau kan muncul dalam tidur~"
"Bila terasa rindu, kubayang wajahmu dalam angan~"
"Dan barulah kuterasa bagai disembuh~"



Yang atas tu bukan ayat Syah tau.. Tapi lirik dari lagu Dafi "Bila Terasa Rindu"... hehee... Agak2 ada tak yang pernah buat macam lirik tu? Bila rindu someone, kita sebut nama dia; bila rindu someone, kita bayang wajah dia...Right after buat macam tu, barulah rasa terubat rindu tu.... Kan3..? :p

Fenomena biasa la tu kan.. Saya pun insan biasa, selalu je hadapi benda2 macam ni kan; RINDU...
Haa, cuba tengok salah satu definisi rindu ni : 1 (berasa) sangat ingin hendak pulang atau hendak bertemu dgn seseorang... (source : prpm.dbp.gov.my)

Kalau hendak pulang itu biasanya, bagi sesiapa yang tinggal di asrama atau kampus yang berjauhan dari rumah.. So, of kos lah rindu nak balik kampung halaman kan.. :)

Kalau hendak bertemu dengan seseorang, macam2 keadaan boleh jadi.. Nak jumpa ibu, ayah, abang, adik, kakak, bf, gf, husband, wife etc.. Hehe. Eh, tapi mana word kawan2...? Tak kan tak rindu kawan2 lak? ^^

Berapa ramai kat sini yang pernah rindu kat kawan2 dia? *angkat tangan* hee..

ataupun dalam hati,
ada je yang kata,
"eleh, bakpo nk rindu kawe2 plop....? banyak lagi benda lain yang kita boleh rindu.."
(sila baca dengan nada evil sikit yaa~) ;p 

Tapi mesti lagi ramai yang pernah merindui kawan2 dia~ insyaAllah... Jadi, bila rindu kawan2, apa yang kita selalu buat? Biasanya depends on ourselves la kan.. Sebab perasaan rindu ni boleh datang tiba2.. :) Bagi saya, biasanya bila rindu ni, ada la beberapa perkara yang saya buat.. wanna know more? hee. ^^

1- Doa
Bila rindu, saya akan doakan kawan2 yang saya rindu tu, sebut nama mereka dalam doa saya. Tidak kisah lah samada selepas setiap kali solat fardhu ataupun sepintas lalu dalam hati. Tiba2 terasa rindu, dan automatik, terus doa dalam hati, "Moga2 Allah permudahkan urusan mereka.." itupun satu doa, insyaAllah.. Sebab tidak semestinya bila kita rindu seseorang itu, kita wajib meluahkannya. *tidak semestinya* .. Walau tidak berbicara dengannya, cukuplah kita berbicara denganNya bagi melepaskan rasa rindu itu. ^^

2- al-Fatihah
Bila rindu, boleh juga sedekahkan al-Fatihah buat yang dirindui itu. Jangan pula kita terbiasa, bila baca al-Fatihah hanya untuk si mati - jangan..jangan.. :) Surah itu juga boleh kita sedekahkan kepada sahabat kita.. Tanpa kita sedari, kita juga dapat pahala kan.. ^^ it's good right? Bolehlah juga perbaiki lagi bacaan tu kalau rasa ada silap.. :p

3- Bayang
Bila rindu, biasanya saya akan membayangkan saat2 indah bersama yang dirindui itu. Kawan... mestilah banyak benda yang kita tempuh bersama, tambah2 5 tahun tinggal di asrama kan.. :') dari terjun bangunan, tak solat berjemaah, 'tiru dan tampal' h/w, gosip2, sembunyi kasut kawan, prank kawan, charge h/p dan macam2 lagi lah yang kita buat - semuanya dengan kawan, right? Mustahil lah dalam banyak2 memori itu, tak ada yang kita ingat kan.. Jadi, bayangkan lah balik memori2 indah itu, supaya kita tak pernah lupa dengan yang dirindui.

4- Lihat
Bila rindu, biasanya saya akan lihat semula barang2 yang pernah saya dapat dari yang dirindui. :) Dengan hanya melihat barang2 tersebut, dah mampu mengubat rindu itu sebenarnya. Tetapi semalam lain pula, ketika saya sedang membelek2 novel yang ada di dalam laci, tiba2 saya terLIHAT novel yang pernah diberikan, right after that, baru timbul rasa rindu tu.. :) hehe. Apa2 pun tak apa kan.. Walau dengan hanya sebuah keychain , namun ia mempunyai nilai sentimental yang tinggi kalau benda tu kita dapat dari kawan yang kita sayang...

And i think, thats said. Biasanya, lain orang lain cara.. but this is my way.. :)  Moga2 dengan melakukan ini, saya dapat mengubat perasaan rindu itu.. Sahabat, you're the best.. ! Saranghaeyo !

Comments

Popular posts from this blog

#sharing : Cari wide shawl?

CGPA jatuh teruk menjunam

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria