Posts

Lisan

Tika lelah Tika penat Lisan itu harus dijaga Agar tiada kata bisa terdengarkan . Kerna Ketika itu Kata mampu menjadi Panah berapi Yang mampu membakar Hati dan jiwa Yang mendengar . Dan... Kata mampu menjadi Penghalang pada Keikhlasan dan ketulusan . By, UAS 300718

Penat

Penat Mahu berikan Yang terbaik . Emosi Jasad Kadang terkulai Lemah Tapi tetap Harus berikan Yang terbaik . Tiba penat Rehatlah . Diri tak mampu berkata . Hanya Allah yang membalas . Kebaikan dengan kebaikan . Ganjaran demi ganjaran Dalam hidup . Kerna Allah Maha Adil . By, UAS 300718

Bahagia

Saat berjauhan Setiap detik Pasti dihitung Dikira waktunya Agar cepat tiba Saat pertemuan . Saat berdekatan Setiap detik Pasti mahu diisi Dengan rona bahagia Biar masa berpisah itu Tidak menjengah difikiran . Bahagia dan terus membahagiakan . Hingga Allah izinkan Tiada lagi perpisahan Melainkan yang hakiki . By, UAS 300718

Rapuh

Begitu rapuh Hati seorang ibu Setelah melintas Rasa marah Datang bertandang Rasa bersalah Tika itu Hati basah Dihujani rasa itu Ditemani pula Air mata Yang hadir Dan berharap Agar dimaafkan Rasa marah itu tadi . By, UAS 270718

Moga

Moga Tuhan terus titipkan Kesabaran Dalam hati ini Biar aku Dapat melalui Fasa ini Dengan senyuman Dan bukan amarah . By, UAS 270718

3 weeks passed

Alhamdulillah. 270718 genap Ummu Nuha 21 hari / 3 minggu ... pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu kan ... dari beratnya 2.84kg, sekarang dah 3.2kg ... dari rambutnya lebat, sekarang dah botak ... untuk mamanya plk , kira2 dah berlalu separuh masa dari tempoh berpantang ... ceyyy sebut pantang , macam pantang teghuk sangat jah . Haha . Walhal ala kadar je pantang aku ... Banyak pengalaman bernilai yang aku dapat sepanjang 21 hari ini ... dgn malam2 yg memerlukan kesabaran yg tinggi untuk melayan budak sekecil ini ... masa dalam seminggi pertama lagi lah, dengan badan pn xberapa nak rasa sedap lagi, pastu kejap2 kena bangun duduk menyusu plk .. sampai ada satu malam tu, rasa cramp kt bahagian abdomen sebelah kanan .. sb dk baring - duduk , baring - duduk ... stress ? Xpayah cakap lah yg ni .. kdg aku buka mata utk menyusu kejap, pastu terus lena balik, apa2 jadi lepas tu, papanya lah yg urus .. flat dah badan rasanya masa tu .. :") bila dah sesorang ja dengan Nuha, ada sa...

Doakan Mummy Mumu

Alhamdulillah ... Sekarang dah selamat sampai Kedah dan hanya menunggu due date . Phewww . Nervousnya tu xpayah cakap lah, mmg sokmo dah rasa start2 masuk 37 minggu hari tu . Hahaha . Sekarang ni lagi laaah .. harap sempat bertahan hingga 15 julai nnt . Hehe . Ikut lah bila2 pun, yg penting baby nya sihat .. ^^ insyaAllah . Mohon doa dari semua supaya segala urusan kelahiran nanti berjalan lancar dan dipermudahkan . Ameen ya Rabb . ♡