Posts

"Someone Special" , nak?

بسم الله الرحمن الرحيم Apa topik yang kita nak sembang malam ni?  It's now 3.28 a.m , 22/7/2014 (Tuesday) . and of course i dont have any class tomorrow morning , just the French class which will be start at 3 p.m.. Thus, i take this opportunity to update my blog. :) Okay. Jom story mory sal "someone special", nak ? haha *tutup muka* To be exact i dont have any . dan tadi tetiba ada sembang sal benda alah ni kan ngn kawan dan senior2.. so far so good until the time when my friend asked me, "eh , ummu ni betul ke tak ada orang lagi?" and i was like , "ogosh.. memang umur teqa2 ni soalan macam ni boleh tanya direct lagu tuu ja nah..." (kata ummu di dalam hati)  Untuk aku , aku segan la nak sembang bab tu secara direct . (haha.dalam blog tak pa laa. ) tapi aku jawab juga , "tak dak laa.." dan disebabkan rasa segan tu , aku pun cepat2 kemas bekas hat kami makan untuk dibuang..  Sempat je lagi dapat ayat , "haa. tg...

Hancur

Orang dapat. Kita tak. Mula menjeling. Ingin yang sama. Syaitan bisik -tak kan nak berdiam saja- Hati tak kuat. Hancur. Ikut syaitan. -adibafaiqah-

Hasil hampas

Diri mahu. Ingin bagai gila. Sanggup apa saja. Namun Diri lupa. Yang di atas menanti Mahu dengar.. Terus bangga Dengan cara sendiri. Usaha bagai gila. Tapi hasil hampas. -adibafaiqah-

Bahaya

Hati punya hasad. Jiwa punya iri. Nafsu punya amarah. Salah kawal Binasa badan. Hubungan retak Berbelah tak berkesan. Bahaya. -adibafaiqah-

Disebalik tersurat

Tak dapat kuhadam  Tak dapat kumamah Apa yang tersirat Disebalik tersurat. Apa lagi melangkah Tanpa kepastian. Tapi sampai bila. Hati yang kian sakit Dihenyak tak berbelas Dicincang tak bersimpati. Ahh. Biarkan saja. Serah pada Tuhan Yang menyakiti dibalas Apa pun. Kita Usaha lagi Memahami dan memahami Walau bertahun lama. Jika itu yang tertulis... -adibafaiqah-

Fikir biar masak

Tak perlu menuding. Tak perlu menyalah. Kadang apa jadi Tuding pada diri dulu. Fikir biar masak. Hasilnya pasti ranum. -adibafaiqah-

Punya kawan bijak

Diri besar Cepat melenting. Rasa diri Betul semua. Punya kawan Harus bijak. Tegur pakai hikmah. Tegur beralas adab. Kerna hati Terjentik sendiri. Diteman akal Dibelai iman Walau senipis kulit bawang. Bezanya cepat atau lambat. -adibafaiqah-