To my future father of Baihaqi

My dearest adik-adik yang aku sayangi.....

Im not a good sister to anybody. 
Im not a good friend to anyone. 
Im not a good lover to anybody.

But I have my own life. I feel grateful with my life, dengan apa yang Tuhan bagi aku lalu sampai saat ini.. :) dengan apa yang tuhan kurnia di sekeliling aku. :) 

Perangai aku memang susah nak bagi nasihat.. tapi ada keadaan yang kadang2 mendesak aku untuk memberi pendapat, terutamanya bab hati dan perasaan wanita.. Lelaki memang susah nak dengar nasihat perempuan, aku tahu itu.. Tapi adik-adik lelaki boleh juga dengar nasihat kakak-kakaknya berbanding dengan orang yang sama umur dengan depa..

Aku suka ambil kesempatan untuk berkongsi apa yang aku tahu.. Kalau depa buka cerita kt aku, aku suka lah nak menyibuk dan memberi pendapat.. hehe.. bukan nak kata aku makan garam lebih dari depa, bukan nak kata aku ni banyak pengalaman dari depa, tapi aku nak depa make a good decision dalam bab2 nak pikat hati perempuan ni.. Alarr... aku sendiri pun tak pernah kapel, mana laaa aku tahu perasaan orang2 yang kapel ni... tapi Tuhan bagi aku lalu macam ni adalah tu sebab Dia.. :)

Adik-adik ni kadang2 expect something perfect... tak salah nak memilih dik, tapi jangan sampai merendahkan martabat perempuan... aku lebih suka bagi ayat macam ni, "kalau dari awal hang tak suka, hang jangan dok bagi harapan kt dia..." "setiap manusia ni mana ada yang perfect, semua orang perlu dibetulkan, dan semua orang mungkin ada turning point masing2..." jangan disebabkan hang rasa perempuan tu banyak lagi perlu dibaiki, then hang terus reject dia.. why not awak yang ambil langkah dan jadi catalyst untuk perempuan itu melakukan perubahan... ^^

Setakat yang aku observe.. perempuan ni senang nak ikut cakap kapel dia.. tak tau lah btoi ke tak.. hehe.. :) tapi biasalah, ikut logik akal, kalau dah sayang tuu, semuanya senang nak ikut... 

Lagi satu, rentetan daripada memberi harapan, awak janganlah nak memainkan perasaan perempuan.. Yang ni memang direct aku kata... walaupun bukan aku yang kena, tapi aku pun perempuan.. aku terasa jugak... hati-hati lah dalam perkataan, sms, percakapan, dan sebagainya... Aku paling jaga benda ni sebab aku seorang perempuan dalam siblings.. aku tak nak abang2 adik2 aku buat kt anak orang macam tu , nanti Tuhan bagi balasan kt aku.. tapi aku luaskan skop ni bukan sekadar darah daging aku, tapi kt adik2 yang rapat dengan aku... yang mana aku nampak, aku habaq direct... sakit hati bila harapan kau tak kesampaian , memang kau sorang ja rasa.. orang lain takkan boleh rasa benda yang sama...

Jadinya, kalau kau tak nak anak2 atau keturunan kau rasa sakit yang macam ni, start lah jaga diri dari sekarang.. jangan mudah2 mainkan perasaan orang.. jangan mudah2 bagi harapan palsu kt orang.. sakit weh sakit... 

Then, "jangan bagi harapan kalau kau sendiri tak boleh bagi komitmen.." yang ni memang prinsip aku sendiri.. tapi rasanya lelaki pun patut ada rasa yang macam ni... kadang2 kita tak sedar, which actions yang selama ni kita buat yang sebenarnya dikatakan memberi harapan? kan? apa yang boleh aku cakap, "berpada-pada lah" ... :)

Overall, aku paling teringat kata-kata Dr Adli lah.... :") 

Anak2 ni sikap dia dah boleh start terbentuk bila mana si lelaki ni dah pasang niat tekad untuk meminang si wanita sebagai isteri.. sebab lelaki ni bawa baka.. dengan apa yang mereka buat, sebenarnya sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada baka yang dibawa.. wanita pun begitulah, terutamanya bila dalam keadaan mengandung, banyak benda yang perlu dijaga terutamanya lisan.. sebab bayi dah boleh mendengar start dari dalam perut lagi.. ^^

Apapun, dalam nak mendapat keluarga sakiinah, pemilihan pasangan perlulah dibuat dengan sebaiknya.. kalau rasa diri tak lengkap, kita boleh cuba lengkapkan kemahiran yang masih kurang.. :) aku sendiri pun mana laa pandai masak lagi sampai sekarang, tapi benda boleh belajaq, jangan dok buat teruk sangat sampaaai jadi isu.. :P dapat soalan dari adik2, "dalam banyak2 masakan, masakan apa yang kak ummu boleh masak, yang kak ummu rasa special.." hahaa. rilex jaa aku jawab, "aku mana pandai masak wehhh.." :P hahahaha.. 

Chill lah.. Kau tak pandai masak kau tak boleh kahwin kaa??

Apapun kalau ada usaha, tak akan jadi masalah pun.. insyaAllah.. :)

Tapi memang Dr Adli pernah kata: "Lelaki ni mudah jaa kamu nak jaga.... jaga makan dan pakaian dia... " ^^ hehee.. baiklah... to my future father of Baihaqi, mana yang saya boleh jaga, saya jaga lah.. mana yang saya boleh usaha, saya usaha lah.. ^^ yang penting ikhlas dan bahagia serta Allah redha.. :)

Sekian.

Coretan , 
Ummu Baihaqi.

Comments

Popular posts from this blog

CGPA jatuh teruk menjunam

#sharing : Cari wide shawl?

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria