Sepertinya menggantikan sesuatu perkara yang mudarat dengan perkara yang lebih mendatangkan mudarat.

Banyak benda dalam dunia ini yang boleh buat kita rasa kecil hati .

Maksudnya ada saja benda yang membuatkan kita terasa hati .

Kan?

Tetapi itu laaah , ujian mematangkan kita . Apa yang kita lalui tu , Allah nak kita rasa . Mungkin dari situ akan timbul rasa syukur . Mungkin .

Kadang2 bila kena uji sikit dengan kawan2 , kita rasa macam nak lari dari mereka . Konon2 dengan melarikan diri , masalah akan selesai . Hahaha . Konon . Kita rasa itulah jalan penyelesaian terbaik , tetapi , sebenarnya melalui dan menghadap benda itu dengan hati yang kental dan tabah adalah lebih baik (bagi aku) .

Ada kebaikannya kalau kita mahu senyap sebentar . itupun kalau kita pandai guna kan peluang dan masa sebaiknya .. tapi , di dalam senyap2 itu , bila diri bersendiri , itu lebih parah -- kerna syaitan itu sentiasa akan membisik . Leka sedikit -- habis terbuang masa dan perasaan . RUGI .

Diri rasa konon2 mahu bermonolog dengan diri sendiri . Untung2 ada idea bernas yang boleh dilakukan . Untung2 ada langkah mudah untuk penyelesaian . Tapi , bila difikirkan balik , memang ada idea yang datang menerjah , memang ada solusi yang datang menjengah , TETAPI kebanyakan itu seperti "konon kau nak lari dari some silly gossip, kau kena terima proposal orang untuk jadi bf/gf kau" . Nampak? Sepertinya menggantikan sesuatu perkara yang mudarat dengan perkara yang lebih mendatangkan mudarat. No Good ! No Good !

Itulah benda yang kadang2 manusia rasa . Konon nak selamatkan diri , tetapi memilih jalan yang lebih memakan diri . Bilamana bersendirian , itulah yang bakalan terjadi . 

Moral of the story , 
Sentiasalah berada bersama sahabat . Waktu privacy setiap orang memang ada-- tapi biarlah privacy itu ketika kita punya Allah sentiasa , bukannya privacy bersama syaitan dan iblis kerana mereka itu tidak akan pernah berhenti untuk berbisik .


Comments

Popular posts from this blog

CGPA jatuh teruk menjunam

#sharing : Cari wide shawl?

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria