Masa hadapan itu terlalu abstrak.
Benda yang tiada manusia tahu adalah-- masa hadapan
Benda yang manusia paling takut adalah-- masa hadapan
Benda yang buat manusia risau adalah-- masa hadapan
Masa hadapan?
Kita tahu di masa hadapan nanti apa akan jadi pada kita?
Kita tahu di masa hadapan nanti apa akan jadi pada keluarga kita?
--Sedangkan 10 minit dari sekarang pun kita tidak tahu apa yang akan terjadi.
Masa hadapan itu terlalu abstrak.
Ia bukan konkrit yang boleh kita nilai lihat rasa dan sentuh.
dan jangan pula,
kau terlalu lantang menghukum,
"budak ini tiada masa hadapan!"
"bidang ini tiada masa hadapan!"
"apa kau nak jadi di masa hadapan!"
jangan . jangan . jangan .
dan sekali lagi aku bilang jangan .
kerna di situ kau telah melukakan satu hati
yang sedang berjuang untuk membuat pilihan.
kau tidak tahu susah dia ketika berfikir
kau tidak tahu payah dia ketika membuat pilihan
kau tidak tahu berapa banyak hati yang dia fikir demi satu pilihan itu.
Jadi , aku bilang--
SIMPAN DULU TOHMAHAN KAU .
SIMPAN DULU HUKUMAN MANDATORI KAU .
JANGAN TERLALU LANTANG KAU BERSUARA .
Itu cukup.
---
dan disebalik semua itu ,
tuhan bagi setiap individu pilihan untuk merancang.
Jadi, kita kena gunakan kuasa merancang itu sebaiknya.
Kalau ada yang kita rancang tidak kena ,
kena ingat bahawa ada lagi Yang Maha Merancang --
yang sedang memberikan yang terbaik buat hamba-Nya .
Yang penting --
Manusia kena berusaha .
Jangan
putus asa . Apa pun keputusan yang diambil sekarang , belum tentu
menjamin apa yang ada di hadapan . Ia hanya bayangan supaya kita lebih
bermotivasi . Kerana apa-apa boleh berlaku di pertengahan jalan kita
dalam menuju hasil yang kita impi . Tetapi ingat , andai kita sertakan
Allah dalam segala tindakan kita , kita tak akan pernah rasa jatuh
walaupun diuji di pertengahan jalan .
Keadaan
boleh berubah . Manusia boleh berubah . Jangan cepat melatah mengatakan
diri tidak punya masa hadapan . kerna Allah itu lebih tahu apa yang
terbaik untuk hamba-Nya .
Yang paling penting --
U.S.A.H.A dan terus U.S.A.H.A
Tiada kejayaan tanpa usaha .
Comments
Semoga hari-hari yang mendatang lebih baik dari harini ^^