Yang sentiasa mendoakanmu,
بسم الله الرحمن الرحيم
Saat jari jari ini sedang bergerak dengan izin-Nya, aku baru sahaja pulang dari sebuah hospital-- menziarahi sahabat kami yang terlibat dalam kemalangan jalanraya di jalan Batu Caves.
Banyak perkara yang berlaku di sekeliling aku, membuatkan aku jadi banyak berfikir akan hikmah di sebaliknya... Hmm.
1- Tiada apa yang paling menggembirakan dan melegakan hati seorang ibu melainkan melihat anaknya mampu untuk terus tersenyum.
2- Apabila ada yang sakit, sokongan moral adalah yang terpenting dalam membantu pesakit untuk dia meneruskan perjalanan di hari2 hadapan.
3- Kesusahan dan kesakitan sahabat harus sama dikongsi tanpa membiarkan dia terus jatuh.
--------
Sahabat, semoga cepat sembuh.
Kami disini akan terus mendoakan kamu.
Kembalilah tersenyum seperti selalu.
Moga dengan kunjungan kami
akan dapat menggembirakan kamu.
Sahabat, kami ingin rasa apa yang dirasa
Tapi bak kata pepatah
"Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul"
Sungguh,
Kami tak akan pernah dapat merasa
kerana perkara itu kamu yang lalui- bukan kami.
Mana mungkin ada manusia akan merasa yang sama
andai dia tidak pernah melalui apa yang kamu lalu.
Kami hanya mampu tahu
Tapi tahu kami tidak akan sama dengan rasa kamu.
Jadi,
Kami hanya mampu untuk berada di sisi kamu.
Supaya sedikit2 kami rasa apa yang kamu rasa.
Ya. Barangkali hanya sedikit cuma.
Tapi,
Kami akan tetap cuba
Tak akan berganjak walau sedikit.
Untuk terus berada di sisi kamu.
Yang sentiasa mendoakanmu,
Sahabat2
Comments