Disaat hati punya kosong
Tiada siapa yang mahu hidup terasa kosong..
Kita semua mahu hidup kita penuh dengan
kegembiraan--
dan sebolehnya kesedihan dan kesakitan itu mahu
dibuang jauh2. Katanya mahu gembira, bukan?
Bila dilihat pada keadaan semasa, aku dapat simpulkan sesuatu-
Disaat kita punya semua-
harta-pangkat-kerjaya-pasangan-kereta-rumah-dll
adakah kita miliki gembira? bahagia?
atau kita masih kosong?
Tika itu-
Ia menjadi bukti bahawa apa yang kita punya tidak mengisi
ruang kosong yang kita rasai.
Kosong-- jauh di sudut hati..
tak kelihatan dek pandangan
hanya mampu dirasa oleh empunya hati.
Solusinya-
Masih ada yang perlu kita cari
Untuk mengisi hati
lantas
Melengkapkan hidup ini
Biar kita tak terusan tercari-cari
Sampai tiba Hari Yang Pasti.
Moga kita sentiasa dibimbing Ilahi.
Ameen.
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة . إنك أنت الوهاب
Comments