Itu kali yang terakhir...
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri malam ini adalah rentetan dari entri sahabat-tenanglah-dikau-disana . and tonight i am rewriting the notes that i had wrote in my Memo Pad apps (in my phone) , right after i got the news...
---------------
[[Throwback]]
9/6/2014, lebih kurang jam 10 malam, aku terlihat Faiz di Shahab Perdana. Kebetulan aku baru tiba dari KL, dan dia pula sememangnya telah berada di Kedah.. Dengan menunggang motor, memakai tshirt, dan berseluar track paras lutut, aku memerhatikan dia kerana kebetulan dia sedang memperlahankan motornya, jadi aku dapat mengecam wajahnya.
"Eh. Faiz.. Memang rumah dia dekat sini ka?" getus hati kecilku. "Tapi dia memang orang Aloq Staq pun kan.."
Aku hanya memerhatikan dari tempat menunggu. Melihat dia pergi ke arah kaunter tiket dan kemudian bergerak ke arah mesin ATM untuk mengeluarkan duit. Aku juga perasan yang dia melihat ke arahku berkali-kali. Ya, mungkin kerana dia kenal tapi tidak cukup pasti kerana jarak kami yang sedikit jauh.
Aku masih memerhatikan dia dari tempat dudukku. Seketika kemudian, dia masuk semula ke arah tempat menjual tiket setelah mengeluarkan duit dari mesin ATM-- membeli tiket bas barangkali. Setelah itu, aku melihat dia keluar dan berhenti di tepi jalan sebelum dia melintas menuju ke motornya. Mungkin untuk memeriksa tiket yang dibeli dan menyimpannya di dalam wallet. Agak lama dia berdiri di situ.
Kebetulan, pada masa yang sama, telefon aku berdering-- adikku. Dia memberitahu bahawa mereka telah sampai di Shahab untuk mengambilku. Aku bingkas bangun dan bergerak mencari adikku yang berada berhampiran kedai Waffle bersebelahan ruang menunggu utama. Aku melintas jalan dan aku melalui tempat dimana Faiz sedang berdiri, maka aku sekadar menegur, "Heyyy Faiz..." sambil aku menganggukkan kepala tanda kenal dan hormat lalu dia juga membalas dengan anggukan dan senyuman. Walaupun ringkas tetapi cukup untuk menunjukkan bahawa kami saling mengenali.
Setelah berjumpa dengan adikku, aku berjalan menuju ke kereta dimana abah sedang menunggu kami. Semasa masuk ke dalam kereta, dari situ aku dapat melihat Faiz telah berada di motornya-- tetapi belum lagi masih mahu bergerak.. Selepas bersalaman dengan abah, dari dalam kereta aku masih tetap memerhatikan dia-- sehinggalah kereta kami bergerak dan dia tidak lagi kelihatan dari pandangan aku. Waktu itu, barulah aku membetulkan dudukku dan menghadap ke arah hadapan.
Dalam hati-- aku masih bermonolog: eh..knapa aku tak tanya dia tadi dia buat apa kt sini.. kott la nak sembang dengan dia sat..adoii..
Aku membiarkan monolog itu dengan harapan-- takpa, nanti kt uia boleh jumpa dan sembang lagi.
Dan sungguh--
Aku tidak menyangka yang malam itu (9/6/2014), merupakan kali terakhir untuk aku melihat sahabatku, Faiz. Hati aku juga tergerak untuk terus memerhatikan dia yang berada di motor sehingga tidak lagi kelihatan dari pandangan..
Rupa2nya Allah sedang memberikan aku peluang terakhir untuk aku melihatnya dan ITU KALI YANG TERAKHIR buat selamanya...
Coretan : 22062014
------------------
Berita yang tidak disangka itu telah diberitahu kepadaku ketika aku berada di Seremban, oleh seorang sahabat aku yang juga rapat dengan Faiz. Sememangnya kami berdua tidak dapat menerima realiti, tetapi dia turut menunjukkan berita yang dilaporkan oleh harianmetro online mengenai kemalangan itu. Allahu.. Sebak ketika membaca-- berulang kali aku membaca-- mengharapkan perkara itu hanya mimpi. Tapi siapa kita untuk menidakkan ketentuan.. :"(
![]() |
| Source : FB |
Dalam hati-- bacaan al-Fatihah disedekahkan.
Terimbau segala tingkahlakunya di PLKN dahulu- ceria, peramah, senyuman yang tak pernah lekang, selalu menjadi imam sehingga kami menggelarkannya Ustaz Faiz. dan walaupun dia tidak pernah mengenali aku semasa di PLKN-- tetapi sekurang2nya kami telah berkenalan di CFS kerana dia berkawan dengan sahabat2 sekolah menengah aku. dan aku syukur kerana diberi kesempatan untuk mengenali satu insan yang sangat baik akhlaknya dan tingkah lakunya sehingga semua teman berasa sangat kehilangan..
Hingga saat ini, ramai yang terasa kehilangan- dan masing2 menulis segala kebaikan dan peribadi dia. Allah.. :") tiada satu yang menyakitkan hati-- semua yang ditulis adalah yang baik-baik belaka. begitu indah akhlakmu wahai sahabat.
-screencapture daripada cikgu2 PLKN kami-
-----------------
Pada pagi 22062014, ummi menelefonku.. seketika kemudian aku teringat untuk memberitahu kepada ummi mengenai kejadian ini.. aku sangka aku kuat-- tapi tidak.. teresak2 aku menangis sambil bercakap kepada ummi.. aku terpaksa diam menarik nafas beberapa ketika untuk menstabilkan diri- menenangkan diri aku..
Satu persatu susuk tubuh dia yang aku lihat di Shahab pada malam itu berlegar di fikiran aku. Masih segar peristiwa itu kerana hanya baru dua minggu berlalu. Aku sangat terasa sebab aku sempat berjumpa dia pada malam tersebut. Ummi menenangkan aku- "nak buat macam mana..dah sampai ajal dia.." . Perlahan-lahan aku cuba membetulkan emosi aku agar tidak merisaukan ummi sebelum kami bertukar ke topik yang lain.
----------------
MasyaAllah!
Aku berdoa agar Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan dia bersama golongan yang beriman. Ameen Ya Rabb al-Alamin. Orang baik biasanya nyawanya diambil awal daripada yang lain-- Allah lebih sayangkan dia..
Kita yang masih hidup ini belum tahu akan melalui kesudahan yang bagaimana. Moga2 semuanya mendapat husnulkhotimah. Ameen.
Al-Fatihah buat Allahyarham Faiz Hassan.
Takziah buat keluarga arwah. Moga mereka kuat dan tabah! :")
Assalamu'alaikum.
-sekadar coretan untuk kenangan terakhir-
0125 II 24062014 II J2.2 II UIAM
*** credit pic : sumber gambar adalah screencapture dari FB sesetengah pihak-- bukan saya punya









Comments