Setiap orang ada masa sukar : part II
بسم الله الرحمن الرحيم
Tadi dah setel satu part... part kali ini, aku general kan sikit.. untuk makluman semua, aku bukanlah seorang yang pandai nak motivate orang, bagi kata2 semangat, itu ini dan sebagainya.. sebab diri aku sendiri tak termotivasi lagi. haha..
Jadi, bila aku hadapi masa sukar aku......apa aku buat? doa lepas solat konfem laa makin panjang, bukan apa, waktu berdoa tu memang semuanya kita ceritakan kt Tuhan..faham tak? kita tak pernah lihat Allah, tapi kita yakin yang Allah itu sentiasa mahu mendengar luahan kita.. jadi, kita akan ceritakan kt Dia dengan penuh rasa yakin dan mengharap.. tak caya? try laa buat... insyaAllah, rasa lega lepas tu.. :)
Then, memandangkan aku ada blog... ehem.. kerjanya nak menghapdet sajaa.. serius laa, aku memang lemah bab nak mencerita masalah kt orang.. siapa yang pernah dengaq masalah aku dari lisan aku tu kira untung laaa.. :P asal aku nak cerita ja, mesti benda tu tersekat kt kerongkong, tak terkeluar pun.. haha. dats why aku ambil penyelesaian dengan menulis di blog..
Tapi kalau mahu menulis, tetap kena tahu etika.. jangan main redah mention nama orang tuu, orang ni - mau kena saman nanti.. haha.. *pengalaman beb* pastu serik dah laa. hewhew.. makanya, kalau dalam blog ini, ada part sedih2 tu, maknanya tengah stress laa tuu, tak pun tengah geram kt orang, tak pun tengah terasa hati kt orang.. hailaa ummu...ummu...
------------------
Zaman sekolah.
Waktu zaman sekolah menengah dulu, aku ada baik dengan sorang senior.. dia selalu jugak la cerita yang orang selalu luah masalah kt dia, minta nasihat dia.. sampaikan aku sendiri tanya,
"tak penat ka dengaq masalah orang? masalah sendiri pun kadang tak terfikir.."
Maklumlah aku baru tingkatan 2 kott, otak memang tak expose lagi laa.. kerja nak mudah jaa.. dan dia jawab,
"tak mengganggu pun kalau dengaq masalah orang. lagipun kita akan lebih terbuka bila kita dengaq sebab lain orang lain masalahnya.."
Tapi aku tetap dengan perangai aku.. tak reti nak memahami.. sampailah bila aku dah masuk universiti, baru aku faham apa yang senior aku cuba nak sampaikan.. itulah kelemahan aku. lambat pick-up sikit. tapi benda yang aku tak faham, aku tak buang terus, aku simpan dulu kejap, dan bila sampai masa, Allah akan tunjukkan balik benda tu.. insyaAllah.. :)
----------------
Ini sekadar tambahan... style aku sekarang, I WILL TRY TO LISTEN. sebab aku tahu aku bukan orang yang pandai nak bagi motivasi.. hehe.. faham dak, kadang2 kita pun pernah berada dalam keadaan bermasalah, dan bila orang bagi nasihat pong pang pong pang , bukan nak amek sangat pun, sekadar nak pujuk hati ja semua tuu... kan?
Jadinya, ada masalah nak cerita, cerita je lah.. AKU SEDANG DALAM PROSES MEMPELAJARI KEMAHIRAN MENDENGAR seperti kaunselor2.. hahaha.. aku boleh dengaq, tapi aku tak berani nak bagi nasihat lebih2 sebab aku punya intonasi kadang2 tak berguna *dia keluaq ikut dan dia jaa* salah tempo habis laa aku.. haha.. lagi menambah masalah kt orang.. :P
![]() |
| SMILE , okay? :D |
Lagi pula, aku tahu, dalam diri kita masing2 sebenarnya dah ada motivasi itu.. kadang apa yang kawan kita cakap, benda yang sama dah diulang didengar dari dulu lagi... nak jaga hati, kita pun ya ya jaa.. :) cumanya memang naluri kita, nak kan ada orang yang mendengar kita.. tak payah cakap.. aku pun rasa benda yang sama... semua ini pengalaman beb sebab aku pun manusia normal... :)
Yang pasti sebagai kawan mahu pun pendengar, peranan kita adalah jangan bagi orang itu terus down dengan masalah dia...kita yang kena support dia.. sebab itu bagi aku, walaupun dengan hanya mendengar, itu juga salah satu cara kita bagi moral support.. :) insyaAllah..
Sekian.
Assalamu'alaikum.


Comments