Setiap orang ada masa sukar : part I
بسم الله الرحمن الرحيم
Baru petang tadi aku plan nak update blog tentang masa sukar yang aku pernah lalui, i mean baru nak bajet sayu2, sadis2 gituu.. hehe.. dan hmm, bila datangnya malam, memang aku kena update bab ni.. patut la tetiba Tuhan gerakkan hati petang tadi.. rupa2nya aku nak dapat berita sedih.. memang lah, benda tak jadi kt aku tapi ia berlaku pada kawan2 baik aku, tak kan aku tak terasa..
Baiklah.. lupakan masa sukar aku.. aku memang ayat takdak modal.. modal aku kekecewaan tak dapat pi sambung belajar kt Jordan jaa. itu ja isu dari awai sampai lanie.. hewhew.. sorry la, tapi memang tak dapat lupa.. hehe..
setiap orang ada masa sukar masing-masing.
satu benda kita kena yakin-
tiap yang berlaku,
Tuhan itu sentiasa ada.
Dia bagi ujian,
tapi Dia tak tinggal kita-
Dia bagi guideline untuk kita.
Tinggal kita je
Nak ikut guideline-
atau tak..
Tapi apa yang dilalui oleh sahabat aku buat masa sekarang ini memang sangat menguji fizikal dan mental. aku pun hanya mendengar berita dari sahabat baik aku yang lain... Allahu. aku doakan supaya mereka berdua tabah menghadapi ujian ini.. 6 weeks she carries the baby (walaupun 6 minggu mungkin tak panggil baby lagi), and yesterday they got to know that she was miscarriage. *sorry la ayat bi berterabuq..hee*
Aku yakin Allah tak bagi benda ni jadi saja2 kan.. pasti ada hikmah.. itu pasti.. lagipun sahabat2 aku itu kuat, sebab itu Tuhan pilih mereka untuk diuji dengan ujian sebegitu.. kalau aku sendiri, aku pun belum tentu dapat terima kenyataan.. hati mana tak sedih, pada usia muda, baru 21 tahun, tapi diuji sehebat rupa.. tak semua orang mampu lalui ini.. tapi, itulah, macam aku cakap, aku yakin mereka itu orangnya tabah dan kuat walaupun masih muda.. :')
Sebagai sahabat, aku doakan kebaikan kalian dari jauh.. aku nak wassup aku segan, cukuplah sekadar aku mendengar khabar berita dari sahabat baik aku.. kalau aku rindu, aku pasti mimpikan kalian.. :) harap terubat rindu walau hanya melalui mimpi..
Sahabat, moga kalian tabah menerima berita itu.. aku yakin, aku tak perlu cakap banyak, bagi motivasi bagai nak rak semua, sebab aku tahu kalian lebih mengetahui diri kalian.. kalian cukup kuat untuk menerima taqdir.. aku juga yakin itu.. kami sebagai kawan, hanya sebagai pelengkap untuk terus berada di belakang kalian, menahan agar kalian tak jatuh tersungkur. itu sahaja.. :") i love both of you, sahabat, lillah.. aku sentiasa doakan yang terbaik buat kalian, moga terus tabah.. <3 <3 <3 ameen.
Akan ada satu masa-
Diri dah penat berfikir.
Masa itu-
Berhenti.
Tarik nafas.
Doa.
Dan
Mulakan langkah baru.
Sebab
Dalam dunia ini hanya dua:
1-kau LAWAN dengan apa yang tuhan dah letak pada kau
ATAU
2-kau TERIMA dan teruskan jalan yang tuhan dah bagi pada kau ...
Setiap orang ada masa sukar masing2.
Setiap orang ada mampu yang berbeza.
Setiap orang ada masalah yang hanya dia dan tuhan yang tahu.
Oleh itu, doa mohon kuat. Doa mohon tetap. It's all about time and faith.
Comments