A moment to be remembered

"Amboi amboi puteri Melayu
Berlenggang lenggok indah bergaya
Bukan lah hanya pandai merayu
Tetapi sanggup membela bangsa.."

"Amboi amboi puteri jelita
Bersopan santun berbudi bahasa
Tidaklah hanya pandai bermanja
Berani pula ke medan laga.."
 (Petikan dari lagu bertajuk Tari Silat Melayu)
بسم الله الرحمن الرحيم
Today is Saturday, right. 12042014. Mungkin juga bisa menjadi sejarah buat diri aku. Mana tidaknya, pengalaman menarik diri daripada pertandingan pantun peringkat mahallah. kau dah datang , tapi , tiba2 kau boleh tarik diri. dah kenapa kau jemah?
Fuhh. Serius laa.. ni memang pengalaman tahap tera giga mega apa benda lagi lah.. kena pilih untuk jadi wakil mahallah dalam pertandingan pantun babe... adoiii.. you bayang kan, pertandingan hari Sabtu, tapi hari Selasa diberitahu, ni semua sebab case tak ada orang yang nak masuk.. so-called wakil paksa-rela lah jugak..
Aku mahu ceritakan juga pengalaman walaupun pengalaman tarik diri, kan. hehe. bianae my lovely mahallah. we dont have confident when we see another participants. sobsobsob.
Nak dijadikan cerita, memandangkan aku agak sibuk minggu ni, dengan exam dua paper pada hari jumaat, makanya, Jumaat malam itu baru kami berkesempatan untuk berjumpa.. hello~ esok lawan , malam ni baru nak jumpa dengan team, kott.. what do you expect, kan.. perjumpaan semalam adalah bersama dengan fellow yang uruskan team pantun.. 
Ini antara hasil yang aku buat. Faham2 lah amatur~
 Malam tu jugalah kami baru nak tengok video2 pantun, malam tu jugalah nak tengok tema, malam tu jugalah nak create pantun soalan untuk dijual. Blurr weh blurr. Kau bagi kt pemantun peringkat uni , boleh lah.. semua dah ada dalam otak.. kami ni? apa ada? tak dak paa ehh.. ada la juga perasaan nervous dan blurr tu. tsk.tsk. sadis.
Memang sakit. sakit otak yang berfikir.  hmm. semalam juga baru kami tahu yang pertandingan saringan bermula jam 8.30 pagi.. mati2 kami ingat pertandingan malam.. *sigh* awal tu buat relax je la sebab fikir ada lagi sehari untuk berlatih.. tapi memang semua itu tinggal harapan je lah bila dapat tahu pertandingan ni waktu pagi. *slap face*
Indeed, we're trying hard to create all of those things. Mana dengan nak fikir floranya, faunanya, kaitan pembayangnya.. adioooi sangat. it's hard. kami cuba buat intro yang menarik.. dan jadilah intro kami berdasarkan lagu Tari Silat Melayu tuu.. hehe.. amboooi ambooi tu yang bestnya tuu.. :P and at 12.30 am, we got an email about the themes:
Okay laa.. bila dah dapat benda alah ni, so we work on this je lah. memandangkan kami kumpulan A, so that kami just focus on the three themes which are: mahasiswa dan kampus , wanita, dan keselamatan jalan raya. otak tak berseni , memang lah susah nak dapatkan pembayang. mana la nak ingat nama2 pokok , nama2 binatang bagai.. *sigh* pantun tak sama dengan puisi beb.. jangan nak pertikai aku nah. hahaha.
Tapi ada akak ni, kejap je dia buat dah dapat dalam empat rangkap , aku ni terkial2 kt rangkap pertama lagi. memang power lah dia.. pantun dia memang cukup sifat , dari segi rima tu konfem lah kan. yang impress nya, dari segi penggunaan flora dan fauna dalam pantun lah.. memang terbaik! Ok lah. kami buat dan terus buat, memandangkan kami bertiga, jadinya, setiap orang ambil satu tema dan buat 6 rangkap pantun soalan.. it's about 3 o clock baru kami balik bilik. tapi sempat dah lelap kt lounge room tu sekejap. hmm.. 
Pulang ke bilik , terus lelap. bangun pagi esok jam 8.30 kami bergerak ke kuliyyah undang-undang bersama madam. boleh tahan lagi pagi tu bila kami berjumpa sesama kami. anddd i could feel the world of mine change 360 degrees bila kami masuk dalam kelas tersebut.. masa buka pintu, konfiden lagi tapi sekali bila langkah masuk kelas, terus lemah kaki..
First impression: 
"beb, aku ni salah mai tempat ka apa? ni pertandingan peringkat kebangsaan ka apa?" 
*gugup* *terus goyang* *sigh*
Masuk ke kelas , terlihat si dara cantik berhias , bagaimana hati tak gentar , bila diri tiada berhias. 
Cantik sangat. they're awesome. bayangkan dengan baju kurung dan tudung seragam, veil dikepala, disisip pula bunga di tepi, ditambah pula songket sebagai penghias.. subhanallah! kau akan rasa macam kau tengah ada kt Pesta Pantun peringkat kebangsaan dah.. amazing! kau pun rasa konfius itu pengantin ke pelajar. haha. ok hyperbola.
Baiklah. kami bertiga mengambil posisi di belakang kelas. berbincang itu dan ini. melihat semula pantun yang dikarang. sehinggalah tiba para juri yang akan brief berkenaan pertandingan tersebut, yang terdiri daripada para pemantun universiti. puluhan minit berlalu, ada dua mahallah yang menarik diri kerana disangka pertandingan tersebut pada waktu malam. baiklah, kami masih di posisi kami.
Tiba masa ketua juri membuat check list tema yang telah diberi.. Allahu.. geram rasa.. geram sungguh.. rupa2nya sebelum kami dapat email yang semalam, dah ada format telah diberi sebelum tu tapi kami tak tau.. bayangkan kami tak tahu pertandingan ada tiga saringan, setiap satu saringan ada tiga topik berbeza, dan ini menjadikan keseluruhan tema berjumlah 9 tema keseluruhan..
Saringan 1 : MAHASISWA DAN KAMPUS - CINTA DAN KASIH SAYANG - WANITA 
Saringan 2 : KESELAMATAN JALAN RAYA - PENDIDIKAN - INDUSTRI HIBURAN

Saringan 3 : TANDAS AWAM - INTEGRITI - MEDIA MASSA
Beb, kau boleh bayang.. kau datang situ dengan persediaan 3 tema tanpa lagi 6 tema.. beb, apa ni beb.. rasa macam "arghh demmit" .. makanya peratus keyakinan aku dah menjunam kepada 30%. grrr~ juri ada minta bantuan wakil pemantun universiti untuk bantu kami siapkan pantun bagi tema2 yang belum lagi kami siapkan.. and ada la abang tu mai bantu kami, bagi guideline, dan last2 dia ada buatkan dua baris bahagian soalan untuk tema pendidikan dan industri hiburan. alah bisa tegal biasa, dalam masa tak sampai 5 minit, dia dah dapatkan siap semua tu untuk kami.. tinggal kami untuk buat pembayang sahaja.
Soalan dibuat oleh pemantun universiti. Aku kena lengkapkan pembayang. Tapi itu pun tak habis--no idea.


Sama juga.. Soalan dibuat oleh pemantun universiti. Aku hanya lengkapkan pembayang. Nampaklah amatur aku di situ.
Tapi tetap... tahap konfiden tak naik naik. maintain di tahap 30%. apakah? hmm.. dupp. dapp. dupp. dapp. tidak lama kemudian, gelanggang pantun dibuka. dua mahallah bersua muka bersambut salam. aku di belakang duduk statik. senyap. hmm. tak mampu bersuara. hebat. sangat hebat. semua juri dan para pemantun universiti impress dengan depa punya introduction.. selepas masing2 memperkenalkan kumpulan, gelanggang pertandingan mula hangat. 
Setiap kali sebelum berjual dan membeli pantun, masing2 akan menyanyi terlebih dahulu. kami? mana ada prepare semua benda tu.. tsk.tsk. tak lama kemudian, kawan disebelah dah mula bersuara. "rasa macam nak tarik diri lah..." aku yang dah sedia lemah ni pun lagi rasa down.. terus cakap, jom lah bincang dengan madam sebab madam ada kt depan..
Kami pakai relax jaa~ haha
Then, kami habaq kt madam apa masalah kami sebenarnya , dengan kekeliruan tema , dengan kurangnya preparation. memang kami dah down sangat. yang lain memang berbulan bulan preparation tapi kami? kami? satu malam.. apa yang kita nak expect.. daripada kt depan kami tergagap, memalukan diri dan mahallah, kami pun decide sesama kami untuk tarik diri. dua kawan aku masuk  dalam dan inform kepada komiti. tak lama lepas tu, aku pula masuk, ambil bag, dan blah.. blah dari kelas tersebut.. blah dari perasaan takut.. blah dari perasaan geram.. haha.
Kemudian, madam pun hantar kami balik mahallah.. dan kami memang minta maaf sangat2 kt madam.. rasa bersalah tapi itu lah.. madam pun macam faham.. hmm.. bianae . bianae . nanti boleh lah tubuh satu kelab pantun mahallah kita. mohon berlatih dari awal. aku dah nak get out. sebolehnya tak nak terlibat dah. cukup lah. *bajet pasrah*
Moral of the story, walaupun tarik diri disebabkan kurangnya preparation dan salah faham pengurusan , kami still kena ambil pengajaran.. dan alhamdulillah , sekurang2nya kami dapat serba sedikit ilmu tentang ilmu pertandingan pantun dan sebagainya. tentang pentingnya penggunaan bahasa dan unsur2 alam/ flora & fauna.. :) bagaimana konsep dalam menjual dan membeli pantun.. at least, otak aku bekerja di tahap maksima laa semalam.. semalam je lah. hahaha. 
The memory for today.
Will be remembered till i can.
Wallahua'lam.
ADDINAISYAH
12042014

Comments

Popular posts from this blog

#sharing : Cari wide shawl?

CGPA jatuh teruk menjunam

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria