Rupanya- Berdiam lebih menyakitkan

Kalau aku salah-
aku mohon maaf...

Kalau aku sakitkan hati-
aku mohon maaf...

Kalau aku terlalu kasar-
aku mohon maaf...

Perangai aku-
Aku sendiri tak reti nak kawal..
Melawak menyakat 
mungkin terlalu kasar.
Hingga sukar untuk diterima.

Asalkan kalian tahu-

Kalau aku boleh berlaku kasar
Maknanya kalian sudah kuanggap seperti keluarga..
Keluarga yang memahami kurangnya anggota yang lain..

Tetapi-
Kalau mahu terus terasa-
Aku mohon maaf lagi dan lagi...

Rupanya-
Berdiam,
Lebih menyakitkan.
Lebih terkesan.

Marahkan aku-
Luahkan biar habis. 
Hamburkan hingga puas. 
Asal aku tahu aku yang salah..
Sampai aku nangis pun tak apa..

Marahkan aku-
Kalian berdiam.
Berhari tak bicara..
Sampai aku sendiri berkecil..
Baiklah-
Tetap aku rasa mungkin aku puncanya.
Maafkan aku..

Aku lihat-
Aku fikir-
Aku sedih-
Aku sebak-
Aku tak suka begitu..
Kalian sudah kuanggap keluarga..
Salah mohon dijujurkan-
Kekurangan mohon diteluskan-
Itu lebih baik daripada terus berdiam.

Kerana BENAR,
HATI INI SAKIT-


AddinAisyah

24022014
0115

Comments

cimie said…
bersabar itu satu karamah yg besar dr Allah
moga Allah sembuhkan yang sakit itu :)
pernah lalui situasi yang sama ^^
Addin Aisyah said…
@Cahaya Kehalusan Kelembutan yupp, mudah2an.. apapun kita kena bertolak ansur, kan.. :)

Popular posts from this blog

#sharing : Cari wide shawl?

CGPA jatuh teruk menjunam

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria