IKHLAS dan HATI perlu diawasi sentiasa
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum and hi !
La haula wa la quwwata illa billah !
Hari ini tiada aktiviti khusus yang hendak dilakukan. Mood tak sampai. Maybe. Cukup sekadar merehatkan diri di katil sambil membaca buku-buku baru yang dibeli, menambah motivasi diri. Cuma malam ini akan diadakan latihan kompang seperti biasa di Kuliyyah ICT. Berusaha menghadirkan diri. InsyaAllah.
Apa yang kamu expect dari seorang lawyer?
Jika ditanya ramai, pasti ramai akan memberi jawapan yang gah belaka. Seorang lawyer mesti seorang yang pandai bercakap (itu pasti) tapi mungkin tidak terlalu menjerumus kepada unsur2 agama. Itu tipikal expectation. Mungkin saja untuk sesetengah kelompok , itu benar , tapi untuk sebahagian yang lain itu tidak kena langsung. Ya. Expectation yang tersasar bagi aku semalam.
Semalam. Sebelum bermulanya perjumpaan lewat malam kami , sedikit kata-kata telah diucapkan oleh seorang alumni yang merupakan seorang peguam, graduan UIAM, sekadar memperingati sesama sendiri . Ya . Setiap manusia itu harus saja sentiasa diingati dek sifat mudah lupanya . Dihidangkan dengan tazkirah ringkas itu sedikit sebanyak mengetuk sanubari , menyedarkan diri kembali , sambil mentajdid niat di qalbi.
-Dimulakan dengan isu study memandangkan sekarang adalah musim peperiksaan akhir. Maklum sahaja lah menjadi pelajar yang aktif dalam persatuan , dan juga menggalas tanggungjawab sebagai pelajar , itu sangat memerlukan komitmen yang tinggi. Kami diingatkan supaya sentiasa membetulkan niat di hati. Jangan terlalu asyik ikut serta di dalam program sehingga mengabaikan tanggungjawab belajar . Perkara itu sebenarnya harus selari . Aktif itu perlu dan biarlah kena pada masa, keadaan, dan juga kemampuan sendiri .
Dikisahkan pengalaman peribadinya, yang menyertai program pada sehari sebelum final exam. Menyertai dengan niat yang betul. Seusai program , malam telah lanjut menunggu subuh , dia sampai di bilik dan terus dengan ulang kaji untuk peperiksaan tersebut. Mungkin saja tidak tidur dan terus bersiap ke dewan peperiksaan. Bila diumumkan keputusan, alhamdulillah, dapat A- bagi subjek tersebut. Alhamdulillah dimudahkan urusannya.
-Sedikit sebanyak diingatkan lagi agar tidak menjadikan kesukaran itu sebagai penghalang dalam hidup kita. Kesusahan itu diberikan Allah mengikut kemampuan individu . Ya. Itu benar . Otak ligat mengingati kalamullah yang bermaksud, "Allah tidak akan membebankan hamba-Nya diluar kemampuan mereka". Diteruskan lagi peringatan itu, mungkin semasa belajar, seseorang akan menghadapi kesusahan, tetapi nanti kehadapan, mungkin urusan pekerjaan, perkahwinan dan zuriat , semuanya dimudahkan oleh Allah. Mungkin juga ada yang senang di masa belajarnya, tetapi hadapi kesukaran semasa zaman pekerjaannya atau perkahwinannya, atau soal zuriat.
-Allah bagi kita susah semasa waktu belajar sebab Dia tahu kita boleh hadapi susah itu. Mungkin saja kalau diberikan kesusahan semasa pekerjaan , kita tidak kuat untuk menghadapi. Jadi, sebab itu Dia bagi kita susah awal-awal. Dan begitu juga lah sebaliknya. Sebagai contoh pelajar yang aktif dalam persatuan, mungkin dia tidak begitu perform dalam keputusannya tetapi dia mampu dapat kerja dengan mudah , kerana dia memiliki soft skills yang mantap sepanjang dia berpersatuan. Itu adalah nilai tambah untuk seseorang.
-Seterusnya. Dibincangkan lagi soal niat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Jangan mudah timbul rasa riak, takabbur dalam diri kerana itulah yang akan membawa kepada penyakit hati. Ingat untuk sentiasa beristighfar dan berselawat agar hati kita sentiasa terpelihara dari penyakit hati. IKHLASkan niat. Memang ikhlas ini susah nak dapat tapi kita kena lah sentiasa berusaha. Kita buat sesuatu pekerjaan bukan kerana hendakkan nama mahu pun hendak menjadi sebutan orang , tetapi buatlah sesuatu itu disandarkan niat yang betul kepada Allah , biar ramai yang mendapat manfaat dari apa yang kita lakukan.
Biasanya, bila perkara yang dibuat untuk menjadi sebutan orang, perkara itulah yang tak menjadi , yang tak dipandang orang. Kerana pasak pekerjaan itu pun sudah tersasar dari permulaannya. Na'uzubillah. Biarlah kita buat sesuatu dengan ikhlas. Hendak menjadi sebutan orang pun biarlah orang ingat dengan perkara yang baik , bukan kotor.
-Ditambah perasa lagi ke dalam tazkirah ini sebagai penutup, satu hadith telah disebut, mengenai HATI, mafhumnya, "...pada jasad terdapat seketul darah, jika baik ia , maka baiklah seluruh anggota, jika rosak ia, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah bahawa itu adalah HATI" . Kita hanya terlalu fokus menjaga anggota lain- kaki, tangan, etc - tapi kita terlupa untuk menjaga satu kurniaan yang penting ini, iaitu hati. Guru sentiasa mengingatkan untuk kita menjaga hati, apabila hati dijaga, insyaAllah anggota yang lain akan terjaga dengan sendirinya. Hati yang membekalkan darah ke seluruh anggota yang lain.
Subhanallah! Jam 3 pagi itu terasa diisi dengan makanan rohani tanpa disedari. Alhamdulillah. Kagum itu pasti. Begitulah individu yang telah terasuh dengan didikan guru. Hebat. Dalam setiap kalam pasti punya hikmah. InsyaAllah. Terima Kasih Abg. Fakrizal. :)
Sebenarnya apa yang ditulis di sini hanyalah kata-kata peringatan sebelum bermulanya perjumpaan kami. Sebelum mengakhiri perjumpaan juga, masih ada sedikit sebanyak peringatan yang diberikan dan aku hanya sekadar sempat merakam melalui telefon bimbit, supaya tidak lupa. Mungkin jika ada kelapangan aku akan mendengar kembali dan menulis. Biiznillah.
Moga mendapat manfaat bersama.
Ibu sayang keluarga bahagia ibu.
Ummu sayang sahabat-sahabat ummu.
Aisyah sayang orang yang menghormati orang lain.
Kamsahamnida.
Assalamu'alaikum.
DALAM DIRI PUNYA HATI--
HATI YANG PERLU DIISI
HATI YANG PERLU DIAJARI
HATI YANG PERLU DIIKHLASI
BIAR HATI ITU BANTU KITA NANTI.
BUKAN DIBIARKAN MATI--
TAK TERISI
TAK TERAJARI
TAK TERIKHLASI
-addinaisyah-

Comments