I love the one yang sangat prihatin

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum and hi!

La haula wa la quwwata illa billah.

Salam Ramadhan. ^^

How's your Ramadhan setakat ni? ok? harap2 semuanya mampu bertahan ye.. insyaAllah. segala kepenatan kesusahan kesukaran kita untuk menahan lapar dahaga nafsu etc. ada ganjarannya di sisi Allah, insyaAllah. Yang penting hati kena ikhlas , bukan sekadar berpuasa dari lapar dahaga semata2 tetapi juga mentadabbur / ponder why we should fasting. Ambil kelebihan2 dan kebaikan2 semasa di bulan Ramadhan ini. insyaAllah.

Pheww~ Intro macam ustazah pilihan pulaks. kikiki

Ok. Back to our topic. "I love the one yang sangat prihatin."

Bab ini , saya tolak siap2 parents yerr. sebab saya rasa satu dunia mengakui dan tak menafikan bahawa parents adalah the one yang sangat99 prihatin *tahap infinity* . ^^

Prihatin. Caring.

LOVE THE ONE WHO CARE FOR YOU. ^^
Saya suka orang yang prihatin walau pun diri saya sebenarnya adalah seorang yang sangat tidak prihatin dengan orang lain. *frankly speak* Serius. Kadang-kadang boleh cair / lembut hati bila duduk dengan orang orang yang prihatin. ^^ tapi saya tak lah maksudkan the one itu seorang sahaja , maksudnya banyak banyak orang jugak lah.

Prihatin / caring yang bagaimana yang saya lihat?

Seorang guru/cikgu/tenaga pengajar/etc. Awak tahu kan , tak semua guru boleh bergurau atau melawak atau berterus terang dengan kita , anggap kita macam kawan. dan tak dinafikan memang wujud cikgu2 yang sporting and sempoi dengan pelajar dia. best kan bila dapat cikgu macam tu. relaz je rasa. ada jugak orang orang matang yang kita boleh nak percaya. :)

[Situasi yang bagi aku cikgu ni sempoi ja ngn anak murid dia. boleh pi tanya terus terang sal ehem.ehem... pheww~ ]

Cikgu : Siapa lagi yang join kelas ni?

Siti     : Hmm. Bla. Bla. Bla. dan Kak Timah.

Cikgu : Kak Timah mana?

Siti      : Alarr. Nur Fatimah bt Ahmad tuu.. yang putih2 tu..

Cikgu  : Oh.. Timah Razlan tuu.. (razlan tu nama ehem.ehem. dia)

Siti      : Ooouh.. Haa.. Timah Razlan... *teragak-agak sebab segan nak sebut*

Cikgu  : Haa. Siti tak de lagi ke?

Siti      : Err. Ada apa cikgu? *muka innocent*

Cikgu  : Ye laa.. kamu tak de lagi ke... (maksud dia tu pakwe la kott)

Siti      :  Hee.. Emm. tak de lagi la cikgu. Ngaji pun tak lepaih lagi.. Hee..


[Situasi yang bagi aku cikgu ni memahami dan sangat supportive]

Eton  : Hmm. Saya tak boleh puasa lagi la 1 Ramadhan ni..

Cikgu: Eh. Larr. kenapa bagitahu. lain kali jangan la bagitahu orang.

Eton  : Bukan apa cikgu , sebab rasa sedih lah tak dapat sambut 1 Ramdhan.

Cikgu: *sambil senyum* Cikgu pernah dengar ustaz cakap, biasanya kalau yang tak dapat sambut awal Ramdhan ni , Allah nak bagi awak rasa malam lailatul qadar la tuu nanti. insyaAllah. nanti kalau awak dapat , awak doakan cikgu dan kawan2 ya.. husnuzhon, ok.

Eton  : *sebak dalam hati* insyaAllah, cikgu. doa2kan yaa. :')


[Situasi seterusnya...]

Selepas habis kelas. Cikgu menghampiri salah seorang pelajarnya dan bertanya mengenai kehadiran teman-teman rapat pelajar itu. sebab teman2 rapat pelajar itu jarang datang ke kelas. jadi , cikgu itu ingin bertanya apa sebabnya. :) dan si pelajar itu pun bercerita dengan panjang lebarnya , dan si cikgu pula mendengar dengan penuh rasa tanggungjawab dan memahami. tidak pula cikgu itu marah2 semasa di dalam kelas. bayangkan sahaja ada jenis cikgu2 yang jenis pong pang pong pang tentang ketidakhadiran pelajar ke kelas mereka. hmm. speechless.

Namun lain pula untuk si cikgu dalam situasi ini. dia lebih mudah mengambil langkah untuk bertanya secara slow talk kepada teman rapat pelajar2 yang tidak hadir ke kelas tersebut. tidakkah kalian merasakan yang cikgu seperti ini sangat prihatin? 

..............................................

DON'T HURT OTHERS. PLEASE RESPECT !
Ok. Done. Saya just bagi tiga situasi. Jika awak yang lalui , mesti awak akan tersentuh hati. kecuali kalau awak jenis hati keras ke atau memang jenis tak kisah dengan orang. :) macam biasa , aku tak akan cakap kalau benda ini bukan pengalaman aku sendiri (mungkin berlaku pada diri atau berlaku kepada orang di sekeliling) ...

Jadi , apa nak buat bila anda detect ada orang yang prihatin cenggini ?

Bagi saya , saya akan terus berada dengan mereka. Supaya saya lebih3 terasa seperti disokong dari belakang. Orang yang prihatin biasanya adalah orang yang supportive. insyaAllah. kalau macam saya ini , yang tidak reti nak prihatin/ caring dengan manusia lain , so saya ambil jalan mudah dengan menjaga hubungan saya dengan insan insan yang prihatin dengan kehidupan saya. thats said. :)

Kelemahan saya , saya tak pandai nak memulakan . jadi bila ada yang memulakan , saya akan menyambut baik keprihatinan itu dan akan membalas dengan kebaikan. insyaAllah. doakan mereka yang prihatin dengan kita.


Cari cari intai intai lah
Mereka yang caring dengan kita
Siapa pun insan bertuah itu
Moga Allah sentiasa memberkati meereka.

Amiin.

Kamsahamnida.
Assalamu'alaikum.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ! ^^

Comments

Popular posts from this blog

CGPA jatuh teruk menjunam

#sharing : Cari wide shawl?

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria