Dad. With Love.

Assalamu'alaikum and hi!

Sepatutnya sekarang aku harus menyiapkan esaimen ulum quran yang bertimbun tu, tapi what can i do?! i got distracted and come to this blog... *fuhh. tak guna punya alasan, habaq ja laa kata malaih nak buat esaimen..* hahaha..
Perasaan ayah. Sukar ditafsir, kan. Anak-anak macam saya dan anda biasanya tak akan dapat untuk rasa apa yang ayah kita rasa.

Ayah. Sebenarnya banyak tanggunjawab dia. Sangat-sangat banyak. Dengan urusan keluarga lagi, tempat kerja lagi, urusan2 pembayaran bil letrik, ayaq lagi.. tu tak masuk lagi bab anak-anak dok request itu ini kat ayah.. Penat kan ayah?

Ayah. Sebenarnya hati dia sensitif. Bila anak-anak buat salah, ayah sangat kecewa. Tapi kadang dia tak berleter. Kadang dia tak tunjuk pun kata dia marah. Namun, sesetengah ada juga yang memang balun sungguh-sungguh anak yang buat salah tu. Bukan apa, sebenarnya dia sayang sangat kt anak2, dia tak nak anak2 dia rosak, dan buat lagi kesalahan yang sama. Baik kan ayah?

Ayah. Sebenarnya lembut juga hatinya untuk anak-anak. Mungkin pada awalnya dia tak suka dengan keputusan anak-anak. Namun, lama kelamaan jika ada sesuatu yang tak elok terjadi kepada anak tersebut, hati dia akan turut terusik, "Mungkin benda ni jadi sebab aku tak reda dengan keputusan dia dulu. Baiklah. Aku harus reda juga dengan keputusan anak aku ni, biar kehidupannya menjadi lebih baik." Sayang tak ayah dengan kita?



Ayah. Sebenarnya dia risau sangat dengan anak-anak dia. Tambah-tambah kalau anak dia akan menduduki peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM or etc. Dia tak tunjuk risau dia dekat anak-anak. Itu pasti. Tapi mungkin dia akan luahkan kepada rakan-rakan sekerja atau anak-anak murid dia (jika ayah seorang guru) . Sungguh. Aku pernah dengar seorang ayah aka guru aku juga luahkan dekat kami, "Ish, cikgu risau la dengan anak cikgu ni.. PMR dah nak dekat dah , tapi buku tak baca pun.. Risau laa.. " .. Nampak tak betapa risaunya ayah kat kita?


Ayah. Sebenarnya nak bagi yang sempurna dekat anak-anak. Anak-anak masuk belajar universiti, mesti kena guna banyak duit, kan. Kita dapat ptptn pun, mungkin tak mencukupi untuk sepanjang semester tu. Tambah-tambah kalau yang belajar di peringkat asasi atau matrik, ada diberikan elaun pada setiap semester. Biasanya mak akan kata cukup elaun tu untuk satu sem.. Tapi tidak ayah.. Bersungguh-sungguh dia akan nafikan kata mak tu, "eh mana laa cukup seribu lebih untuk satu sem.. sekurang2nya sebulan mesti nak kena rm500-rm600.. kalau dah enam bulan, kan dah lebih seribu dah.. memang nak kena masuk duit juga kt depa.."  Caring tak ayah?

Ayah. Sebenarnya banyak benda yang tak terucap dan terungkap oleh seorang ayah. Dia lebih suka memberi dan melihat anak-anaknya berjaya. Ayah. Lebih suka bertindak dengan cara yang anak-anak tak dapat nak faham maksud di sebalik tindakan mereka. Susah nak tafsir hati ayah sebenarnya. Apa yang mampu, kita sebagai anak-anak cubalah untuk fikirkan dan lakukan yang terbaik untuk membalas jasa ayah.



Dad is our superhero. Dad is our knight in shining armor. Dad is everything for us.
Dad is son's first hero. Dad is daughter's first love. 
Allah.. Moga Allah merahmati abah saya dan juga ayah-ayah kalian.. :') Amiin.. 



Kamsahamnida..
Assalamu'alaikum..

Comments

iuzira said…
done follow
Addin Aisyah said…
Iu-hazirah: thanks dear. ^^
AinNawwar said…
boleh je. join laa. kalau bertuah boleh menang. hehe. jangan menang hadiah sendiri dah la. hihi
Addin Aisyah said…
Hehe. Kalau menang hadiah sendiri nanti buruk siku la plak kan. :P tapi macam bertuaaah sgt je klu nk jadi pemenang. hehe
Hargailah ayahmu selagi dia masih ada kerna satu tika kau hanya mampu menggapainya dalam hati :')
Addin Aisyah said…
Nisak: that's true. :')
Nizam Ijam said…
terbaik... ayah garang di muka lembut dihati...


saya masuk utusan... jom tengok :D
Addin Aisyah said…
Nizam Ijam : hehe. btul tu. :D

Popular posts from this blog

#sharing : Cari wide shawl?

CGPA jatuh teruk menjunam

Me from 2025