Aku, dia dan dunia masakan

Assalamu'alaikum and hi !

Standard la kan selang dua hari pastu baru nak hapdate belog kan.. haha.. disebabkan kekeringan idea , dan kesuntukan masa... *masa tak pernah kata nak cukup* hee.. manusia...manusia...ada ja alasang dia nak bagi kang.. :p

Dan sekarang aku baru lepas keluar dari dapur sebenarnya. masa dok potong bawang tadi, teringat lak nak update blog, itu lah yang boleh keluar tajuk nih.. *betapa tak fokusnya aku semasa buat kerja* hik3..

Aku tu saya lah.. Miss Ummu Aisyah.. *bajet*
Dia tu adaa lah.. ehem.. kita bagi dia nama A lah senang..
Dunia masakan tu dunia masak memasak lah kan.. :)

makan mau , masak tak mau

Okay.. Aku sedikit tak malu untuk mengatakan bahawasanya , aku dan dunia masakan ibarat air dan minyak.. tak boleh dok sekali.. kalau air campur ngn minyak panas, dia dok meletup2 dalam kuali tu... kalau after buat sambal/masak kicap pon, akan nampak layer minyak kt atas tu.. haa, nampak tak perbandingan diaa.. daebak dak? hahaa.. yeah, seriously ! i know nothing about this masak memasak..

Setakat kecik2 dulu ambil tanah dgn daun pastu tumbuk dalam tempurung , itu biasa lah.. ambil tanah campur air dan katakan itu adalah air milo.. ambil pasir bungkus dengan daun besar dan katakan nasi bungkus.. haha. *teringat lak* sapa besa buat lagu tu? zaman kecik2 ja ada lagu tu. nak habaq punya rare la.. tapi itu dunia main2 la.. bukan boleh makan betul pon kan.. :p

Dan apabila menganjak dewasa *uhuks~ silap...* maksud saya remaja, minat itu hilang dengan sendirinya.. yang datang pula adalah minat untuk makan saja.. hahaa.. :p masak? ouh, maaf lah.. not interested.. sampai lah masuk sek. men. , dah F3, F4, F5 still tak berminat lagi.. bukan apa.. selalunya ada krisis identiti dengan tak dak kondifen ja .. *eh, konfiden la* ..

Aku pula dok asrama, memang bertuah sangat laaa kan.. dah nampak dah alasan dia.. kt asrama , basuh tangan ja... makanan zupp semua dah ada.. pinggan pon xpayah basuh.. :p punya la heaven makan kt asrama.. hahaa... *patot bersyukur*

Tapi dalam pada masa yang sama , aku pon ada sorang kawan.. *opp gender lah kita katakan*  selalu ja kami dok text2 sal benda2 alah masak memasak nih.. dan bila aku habaq yang aku tak reti masak pon, dia tak la ketawakan atau meng'down'kan aku dengan kata2 seperti :


"eleh, nama ja perempuan tapi tak reti masak"
"apa laa,, besaq2 pon tak reti masak lagi"

atau 
yang sewaktu dengannya

Dia tak kata pon benda yang membuatkan aku kecik hati, atau terasa hati, atau jauh hati, atau jatuh hati .. *ehem, lawak tak jadi k! * :p  instead, he tends to give advice.. yeah, very soft advice yang boleh membuatkan kita terfikir sejenak.. very soft.. and i think dia nih berdarah penyabar juga orangnya...

Orang macam ini sebenarnya sangat memberi motivasi pada aku.. tapi, unluckily, aku di zaman dulu2 sangat2 lah ketegaq.. sebijik , seketoi nasihat dia pon aku tak pakai.. uhuks ~ sadis ! but you know, dia tak pernah berhenti pon bagi nasihat yang sama. seriously, kalau aku pun, nasihat orang sekali dan orang tu tak mau dengar, teruih aku tak nasihat dah, lantak p kt ang lah.. *betapa jahatnya aku* haish!

Sampaikan aku panggil dia tok nek (sebab selalu beletiaq pasal masak2).. but dia pon still go on je dengan nasihat dia.. tak tau lah nak cari kat mana orang macam ni lagi.. uhuks~ dari F3, sampai lepas SPM, sampai lepas PLKN, dan sampai dah masuk CFS, he still keep on giving me advice. only about cook.. dan.. aku tak ingat bila kali terakhir dia sampaikan nasihat dia kat aku.

Katanya," tak pa, lepas ni aku x beletiaq dah eh pasai masak2 ni.. " huk3.. tak ingat pula samada email or chat, tapi bila baca tu, rasa sedih pon adalah jugak... sebab dah tak ada yang nak beletiaq kat aku sama macam mana dia beletiaq kt aku.. :'(  *nah.. hamek ! padan muka*

And yeah, after tu memang dia tak pernah sentuh langsung pasal tu.. kami chat ke, kami email ke, memang bab MASAK tak pernah disebut.. huk! dia buat sungguh weh..  selepas dari tu,, baru rasa nak berusaha.. tak banyak pon, sikit jadi lah.. :) *baru nak menyesal* haha

Berpegang dengan nasihat2 dia, aku try la untuk berusaha.. macam yang aku kata, walau tak banyak, sikit pun jadi lah.. asalkan aku tak la sampai matik kebulur kan *wah, exaggerate nya*

Seingat aku, hujung tahun lepas, dia ada tanya juga sentuh sal ni :

dia : "cmna? dah boleh masak dah?"

aku : "em, boleh lah sikit2.  nak kata cekap tu x la.."

dia : " dah reti masak, kena bagi cekap la plak.. "

uhuks~  :')

Serius wa cakap beb,, dia telah aku anggap sebagai motivation dan inspiration dalam dunia masakan aku.. yeah , sesetengah lelaki mungkin akan terus pandang serong dengan perempuan yang tak pandai masak , tapi, apa salahnya, daripada memandang serong, its better to give some advice.

Tak cepat , lambat laun pon perempuan tu akan terfikir juga tentang nasihat2 tu dan they can try their best, kan... :) Perempuan - nisak - wanita, fighting !!

Last but not least.. Thanks for being such a great friend to me.. :) *i hope u'll read this*
Saya sentiasa doakan yang terbaik buat kamu dan moga kamu bahagia dengan suri hati pilihan kamu yang super duper awesome dalam arena masak memasak nih.. :) kamu sangat daebak lah ! ^^


Disebabkan aku sangat suka asam pedas Johor, aku pernah tanam niat untuk belajar masak asam pedas Johor ni dan nak bagi dia rasa... haha.. tapi .. harapan je laaah~ angan2 mat jenin je lah, belajaq dak pon.. hik3.. sorry.. :)


"SO WHO'S YOUR INSPIRATION IN THIS FIELD?"

Okay, till here...
Kamsahamnida..
Assalamu'alaikum...

Comments

Popular posts from this blog

#sharing : Cari wide shawl?

CGPA jatuh teruk menjunam

Me from 2025