Berhubungan biarlah dengan redha Allah, ....

Assalamu'alaikum... ^^

Jumpa lagi yerr.. Entah kenapa macam nak tulis banyak je hari ni. :p  #peace

"Berhubungan biarlah dengan redha Allah, moga hati tak tersakiti..  :) " #peacenowar


Ini adalah status yang Aisyah post kt Twitter Aisyah semalam.. Apa yang kamu fikir bila baca status ni erk? haa... sebenarnya, apa yang kamu fikir itulah apa yang kamu faham dari status ni.. :) Think like you want, as your thought is the meaning behind of this words.. :)

Okay...

Untuk pengetahuan, Aisyah tak akan update saja2 status kalau tak ada sebab taw.. Behind every and each of my status, there's meaning and reason for that.. ^^  Kalau siapa yang tahu cerita, tahu lah kan... :p hehee..

Daaaan...

Berhubungan dekat sini bukanlah Aisyah specific kan berhubungan antara lelaki dan perempuan/kekasih/couple ....  From my point of view, of course ada laaaah kisahnya~ shhh..!

Senang cerite......dengan siapa pun kita berhubungan mestilah dengan redha Allah... :) Berhubungan di sini tidak kisah lah dari sudut kekasih, suami isteri, sahabat, teman, cikgu, ibu bapa, BFF, roommate, classmate, colleague dan sebagainya.. Kamu list lah apa sahaja hubungan yang kamu tahu yaa.. hik3.. :p

Sebab apa erk? sebab saya takut hati kita akan tersakiti.. iya.. bila berhubungan atas dasar dan alasan lain, sebenarnya JUJUR kita tidak pernah menerimanya sepenuh hati.. mungkin hanya kebaikan yang kita lihat. mungkin hanya cantik yang kita lihat. mungkin hanya ayu yang kita lihat. mungkin comel yang kita lihat. mungkin dia ex-gf/bf pakwe/makwe kita yang kita lihat. mungkin dia teman baik bf/gf kita yang kita lihat. mungkin hanya jawatan yang kita lihat. mungkin hanya petah berkata yang kita lihat. mungkin beribu benda lain yang kita lihat pada dirinya.

Maka, jika kita lihat dari sudut pandang yang sebegitu, susahlah diri kita ini hendak menerima kekurangan dia... Serius i cakap , you.. silap2 you yang m.a.k.a.n  d.a.l.a.m nanti... >,<

Hmmm..  Izan, fikirlah....

Sebelum aku nak memulakan hubungan, aku harus fikir, yang aku berhubungan dengannya adalah kerana Allah... bukan atas dasar dan alasan yang lain... iya, sepintas lalu, mungkin aku fikir aku harus berhubungan dengannya sebab itu..ini...blaa.blaa..blaa..


But.. please... think twice ! tajdid niat dulu !

Monolog dulu kay dengan diri :
"Eh, aku tak boleh fikir macam tu.. aku mesti berhubungan dengan dia kerana Allah, redha Allah... sebab aku takut kalau bukan kerana Allah, hubungan aku dan dia tidak akan kekal.....dan sesungguhnya aku takut hati aku yang akan TERsakiti lambat laun... " (saya ulang.. Ter... , okay... bukannya Di....) Kemudian, sia2 lah hubungan itu, no point ! Dari boleh dapat pahala, takut nanti dapat dosa.. :p

Mungkin setakat ini sahaja lah dulu..Explanation di sebalik status saya di Twitter semalam.. ^^


Kamsahamnida...
Assalamu'alaikum...

Salam sayang,
AddinAisyah

Comments

Popular posts from this blog

#sharing : Cari wide shawl?

CGPA jatuh teruk menjunam

Jami'ah Abu Nour, Damascus, Syria