Perkongsian bait syair-1

خُذوا علمَكمْ بالله لا تتأخروا # و بالكونِ مِنْ كُنْ لا مِنَ العَقْلِ تُبْصروا

Maksudnya : Ambillah ilmu kamu daripada/ kerana Allah, dan janganlah pula kamu melengah2kannya #
dan dengan apa yang terjadi di alam ini adalah daripada kalimah "Kun" , tidaklah pula kamu dapat mempersoalkan apa yang kamu lihat itu dengan hanya berfikir.


Syarah bait : Kita hendaklah mencari ilmu daripada/kerana Allah dan janganlah kita melengah2kan dalam urusan menuntut ilmu..dan sesungguhnya kita tak akan dapat berfikir dan tak boleh mempersoalkan tentang kejadian yang berlaku, yang mana semua itu telah dijadikan oleh Allah (hanya dengan berkata "Kun"). Kefahaman yang sebenar2nya hanya akan diperoleh jika Allah yang memberikan kefahaman itu kepada kita, bukan daripada akal kita. Jika Allah tidak mengizinkan kita memahami sesuatu, maka kita tidak akan dapat memahami sesuatu perkara tersebut.

مصدر متن البيت : ديوان الحقائق و مجموع القائق. ص252

Comments

Popular posts from this blog

#sharing : Cari wide shawl?

CGPA jatuh teruk menjunam

Me from 2025